Quantcast
Channel: Pertubuhan Ilmuan Malaysia | Teguh Atas Jalan Nabi & Para Sahabat » Ust. Ahmad Tajudin Idris
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI

$
0
0
Ahmad Tajuddin Idris al-Manhaji  Tirai 2013 akan dilabuhkan hanya berberapa hari sahaja lagi dan selepas itu tahun 2014 akan menanti kita semua. Dalam masa yang sama, kita Cuma ada 6 tahun lagi bagi menuju wawasan 2020. Kita semua perlu merancang untuk menghadapi tahun-tahun mendatang ini supaya dapat mencapai matlamat kita. Dalam kita merancang agenda kerja tahun 2014 hendaklah agenda pembangunan Islam diutamakan, kemudian agenda memperkasakan ekonomi Melayu agar kita dapat bersama-sama membangunkan umat Islam dalam Negara ini. Kepada semua orang Islam bermula dari kepimpinan Negara, kekementerian, jabatan kerajaan , agensi kerajaan dan seluruh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh orang Islam hendaklah menjadikan agenda Islam sebagai dasar dalam segala perancangan dan matlamat. Walaupun kita mengetahui bahawa Negara kita amat menitikkan berat hal berkaitan dengan agama Islam dan orang Melayu yang beragama Islam, namun usaha dan upaya yang lebih gigih dan bersungguh-sungguh terutama yang perlu dimainkan oleh jabatan-jabatn dan agensi kerajaan yang menjurus kepada Islam lebih perlu dimaksimumkan. MEMASARKAN ISLAM Umpamnya kita mempunyai Tabung Haji yang menguruskan hal-hal berkaitan jemaah haji tetapi percayalah usaha dalam memberi kesedaran kepada masyarakat Islam dalam Negara ini agar cepat-cepat mendaftar bagi menempah pemergian haji untuk menunaikan haji masih perlu diterangkan dan dijelaskan dari masa ke semasa. Masih ramai msyarakat Islam di luar sana belum lagi membuka akaun Tabung Haji lagi, bahkan mendaftar RM 1300 untuk menempah tahun menunaikan haji masih boleh diperluaskan . Begitu juga dengan hal berkaitan zakat. Secara amnya kesedaran masyarakat Islam untuk membayar zakat ini boleh dikatakan tinggi, namun perlu diambil perhatian kebanyakkan pembayar-pembayar zakat ini mereka lebih gemar membayar sendiri kepada asnaf tanpa melalui kerajaan. Sedangkan membayar zakat melalui kerajaan itu lebih afdal dan lebih berkesan. Hal ini kerana kerajaan lebih mempunyai maklumat dan berautoriti dalam melaksanakan pungutan zakat mahupu pengagihannya. Kita tidak nafikan juga kebanyakkan pembayar-pembayat zakat ini terdiri dari kalangan individu Islam, namun kita jangan lupa terdapat banyak lagi syarikat-syarikat multinasional dan konglemerat yang bersedia untuk membayar zakat di atas dividen-dividen yang diagihkan kepada setiap pemegang saham. Mereka adalah insan-insan yang perlu didekati supaya dapat menarik mereka agar membayar zakat melalui pihak kerajaan . Dalam masa yang sama selain zakat kita jangan lupa amal jariah dan sedekah. Ini pun adalah syariat Islam. Amal jariah dan sedekah bukanlah perkara kecil dalam Islam. Bukti Kepentingan sedekah dan amal jariah ini, menyebabkan kerajaan melalui agensinya yakni YaPEIM ditubuhkan bagi memasarkan amal jariah ini berjalan dan berterusan kepada seluruh umat Islam dalam Negara ini terutamanya kakitangan awam mahu pun swasta. Kempen kepada seluruh pekerja Islam berkaitan amal jariah dan sedekah ini belum boleh lagi dikatakan maksimum. Jumlah kaum muslimin yang menyertai amal jariah melalui YaPEIM hanyalah sedikit berbanding kaum muslimin yang masih belum bersama-sama dengan amal jariah YaPEIM ini. Mungkin kita boleh merancang agenda Islam berkaitan amal jariah dan sedekah ini kepada kaum muslimin dalam Negara kita dengan matlamat agar setiap kaum muslimin yang berkerja makan gaji di luar sana samada kakitangan awam ataupun swasta, walaupun sedikit jumlah sedekahnya ianya diberikan kepada kerajaan melalui agensinya YaPEIM sebagai merasai kebersamaan untuk membantu mereka yang susah. Sesungguhnya Nabi bersumpah dengan mengatakan “ Tidak akan kurang harta seseorang hamba dari sedekah yang dikeluarkan” ( Hadis sahih, HR Tirmidzi) Maka dengan itu, Setiap dari kita hendaklah saling bantu-membantu dan bersama-sama memasarkan dan berkempen untuk agenda Islam ini dengan kapasiti yang ada pada diri kita sendiri. KETAATAN Motivasi kita orang Islam dalam merancang, berkerja dan memastikan apa yang kita rancang itu tercapai adalah nilai iman dan akidah dalam diri. Iman dan akidah yang sahih Ianya dapat membekalkan kita motivasi untuk terus berazam, berusaha dan tidak mudah berputus-asa dalam sesuatu perkara yang dilaksanakan. Sifat malas, sifat lemah, mudah berputus-asa dan cepat mengaku kalah tidak sewajarnya ada pada diri seorang Islam yang mengaku mengikut al-Quran dan sunnah sebagai pegangan dalam kehidupan ini. Kita tidak boleh memiliki sifat-sifat negatif ini, kerana dalam usaha dan upaya kita untuk menghadapi tahun 2014 sehingga 2020 nanti bahkan selepas dari itu nanti sudah tentu perlukan banyak pengorbanan. Dan inilah resminya orang Islam yang berjuang dalam memastikan agenda Islamnya tercapai, ia perlu banyak melakukan pengorbanan. Mana mungkin kita ingin mencapai sesuatu matlamat tapi tiada apa-apa usaha dan pengorbanan yang dilakukan. Hal ini adalah mustahil. Sejarah Islam telah membuktikan ketaatan kepada pemimpin dalam hal kebaikan dapat menjadikan Islam itu kuat dan berkembang. Sahabat-sahabat Nabi, para tabien, tabi’ tabien dan generasi salafus soleh mereka mentaati pemimpin sejajar dengan panduan al-Quran dan sunnah hasilnya Allah SWT kurniakan empayar Islam seluar 2/3 bumi. Allah limpahkan juga kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi serta kemajuan ketamadunan yang hebat di atas ketakwaan mereka. Begitu juga seharusnya kita , dalam mencapai matlamat dan agenda Negara, hal mentaati dasar pemimpin dalam perkara kebaikan dapat menjamin kelangsungan kekuatan agama Islam, syariat dan syiarnya. Manakala para pekerja Islam yang berada di mana-mana organisasi pun perlu bersama-sama dengan pihak atasan atau pun majikan mereka dalam merangka, merancang dan melaksanakan segala apa yang telah ditetapkan. Jika tolong menolong dalam hal kebaikan ini dapat direalisasikan insyaallah matlamat akan mudah dicapai. Tidak banyak yang perlu kita lakukan, kerana dalam menbuat sistem dan mengawal sistem yang diimplementasikan pihak kerajaan bermula dari era Tun Abdul Rrahman sehinggalah pada era Tun Mahathir telah meletakkan pelbagai rancangan dan dasar pembangunan. Cuma tinggal kita sahaja untuk menggerakkannya semaksimum mungkin dalam organisasi dan bidang kerja kita supaya dapat berlari seiring mencapai matlamat Negara. Di tambahkan lagi dengan dasar 1 Malaysia bagi melicinkan dan memudahkan kita untuk mencapai matlamat ke arah pembanguna n Negara khususnya pembangunan Islam dan umat Islam. Kerangka dan dasar 1 Malaysia merupakan pelan menuju wawasan 2020. Segala pembaikan melalui tranformasi-tranformasi yang dapat kita lihat bukanlah bertujuan untuk menghancurkan agama, bangsa atau Negara tetapi ianya tidak lain dan tidak bukan adalah pemangkin untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup umat Islam. PERJUANGAN DAN MATLAMAT Kita jangan asyik merungut dengan sesuatu yang kita tidak pasti barangkali apa yang kita rungutkan itu sebenarnya boleh membawa kebaikan kepada kita. Kadang-kadang yang negatif itu adalah dalam diri kita sahaja padahal kita tidak mengetahui pun apakah kebaikannya. Kita juga sering merungut upah dan gaji yang kecil, kerja semakin banyak, taraf hidup [...]

Viewing all articles
Browse latest Browse all 10